Sunday, 15 March 2020

Buku-buku Sumbangan Prof. Dr. Zamri Mahamod

Perpustakaan Dato' Lokman Musa telah menerima buku-buku sumbangan sebanyak 17 buah buku Bahasa Melayu dari Prof. Dr Zamri Mahamod pensyarah Pusat Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buku-buku ini merupakan naskah penulisan beliau sendiri dan telah diserahkan kepada Pengarah IPGKBM Puan Hajah NorAsilah binti Osman.  Semoga buku-buku yang disumbangkan dan diwakafkan kepada perpustakaan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaik-baiknya.

Berikut adalah senarai buku-buku yang disumbangkan oleh Prof. Dr Zamri Mahamod :

1. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang : inventori belajar cara belajar bahasa
2. Inovasi P & P dalam pendidikan  Bahasa Melayu
3. Inovasi pengajaran dan pembelajaran : mengoptimumkan pembelajaran pelajar
4. Kretiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
5. Komunikasi interpersonal : teory dan amali
6. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran
7.Amalan membaca timbal balik murid etnik Bidayuh
8. Penulisan akademik dalam bidang sains sosial
9. Linguistik terapan dan pendidikan Bahasa Melayu
10. Program mobiliti latihan mengajar di luar negera : satu perkongsian
11. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa melayu
12. Psikolinguistik dan pengajaran bahasa
13. Transformasi dan inovasi dalam pendidikan\
14. Guru cemerlang
15. Pentaksiran berasaskan sekolah
16. Strategi pembelajaran inventori cara belajar bahasa melayu
17. Perancangan bahasa implikasinya terhadap PDP bahasa melayu

Monday, 9 March 2020

Maklumat Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020

KUALA LUMPUR melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Penyerahan watikah pengiktirafan tersebut dibuat oleh wakil UNECSO, Encik Ian Denison kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan pada 12 November 2018 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Yang turut hadir menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini ialah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dato’ Nafisah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran dan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Encik Ishak Hamzah. Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abd. Samad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Sehubungan dengan hal itu, Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia mengangkat slogan “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan” serta mengetengahkan konsep kepelbagaian budaya dan pemuliharaan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pembacaan dan perbukuan melalui slogan tersebut akan disemarakkan di Bandar Raya Kuala Lumpur berdasarkan lima teras utama, iaitu:
  • > Mengadakan pelbagai bentuk aktiviti membaca dan pembangunan infrastruktur berkaitan perbukuan.
  • > Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai destinasi perbukuan masyarakat.
  • > Pembangunan minat membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, dan kebolehcapaian buku digital.
  • > Pendidikan sepanjang hayat.
  • > Mercu tanda dan monumen.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk pembinaan perpustakaan terapung di pinggiran Sungai Gombak, pembinaan pusat membaca di setiap pusat perumahan rakyat (PPR), dan pembinaan “Lorong Buku” yang mewakili setiap kota yang pernah dinobatkan sebagai ibu kota buku dunia. Sebanyak 19 buah bandar raya telah terpilih sejak tahun 2001, antaranya Antwerp (2004), Amsterdam (2008), Bangkok (2013) dan Athens (2018). Dalam ucapannya juga, Khalid memaklumkan bahawa bandar raya Sharjah yang dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2019 mencadangkan kerjasama strategik dengan Kuala Lumpur dan berhasrat agar memorandum persefahaman dapat ditandatangani pada 23 April 2019 untuk memperkasakan aktiviti pembacaan sebagai pengisian Sharjah dan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia. Ekoran cadangan tersebut, pasukan pelaksana sudah merancang beberapa program antarabangsa, antaranya Kuala Lumpur-Sharjah Festival, World Book Capital Award, ASEAN Cultural Festival. Malah usaha yang paling signifikan adalah penubuhan World Book Capital Global Network Secretariat di Kuala Lumpur.
Gerak kerja akan turut didukung bersama-sama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan. Usaha ini juga mendapat sokongan dan bantuan pasukan sekretariat yang dianggotai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penerbit Buku Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Penyerahan Buku-buku TS25

Pada 2 Mac 2020 (Isnin) Dr Faridah binti Darus pensyarah daripada Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan Luar (JPAJL) telah menyumbangkan 2 buah buku berkaitan berkaitan TS25 kepada Ketua Perpustakaan Pn Suraya binti Bahrum. Pihak perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih atas penyerahan buku-buku tersebut dan dijadikan koleksi perpustakaan. Diharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan buku-buku sumbangan beliau bagi mendapatkan maklumat berkaitan TS25. 

Monday, 2 March 2020

Perkhidmatan Suratkhabar dan Majalah Seluruh Dunia Atas Talian di Perpustakaan Dato' Lokman Musa

Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM telah menyediakan perkhidmatan suratkhabar dan majalah seluruh dunia atas talian. Perkhidmatan ini disediakan di dalam perpustakaan bagi kemudahan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat yang sahih, berintegriti dan terkini tentang berita-berita semasa di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Pengguna perpustakaan boleh membaca suratkhabar dan majalah melalui komputer-komputer yang disediakan di dalam perpustakaan. Pelajar-pelajar perlu membuka laman web perpustakaan IPGKBM seperti URL berikut : https://pusatsumberipgkbm.wixsite.com/libibm. Klik kepada link suratkhabar dan majalah atas talian dan masukkan username berikut : nlm@library.pressdisplay.com dan password (sila dapatkan di staf kaunter perpustakaan). Selamat membaca. #dekad membaca kebangsaan #ipgkbm membaca.

Resensi Buku Penyertaan Pelajar di Perhimpunan Pagi 2 Mac 2020 Oleh Saudara Muhammad Hariz bin Ahmad Hanit

Slot perpustakaan iaitu sesi resensi buku bagi kategori pelajar IPG KBM hari  ini diteruskan dengan saudara Muhammad Hariz bin Ahmad Hanit. Buku yang diulas oleh beliah bertajuk Malacca has fallen. Perpustakaan Dato' Lokman Musa mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian pembacaan beliau yang bermanfaat bersama warga IPGKBM. Perpustakaan juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang memberikan slot 10 minit ulasan buku bagi berkongsi pembacaan dalam pelbagai disiplin ilmu kepada warga IPGKBM.