Perkhidmatan

Visi
Perpustakaan untuk pendidikan keguruan yang cemerlang

Misi
3.1 Membolehkan semua pengguna mengakses maklumat melalui kaedah yang mudah, betul
dan berkesan
3.2 Memperolehi dan menggunakan kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi
maklumat ke arah peningkatan ilmu pengetahuan profesionalisme guru
3.3 Menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat di kalangan
pengguna

Objektif
4.1Menyediakan pertambahan koleksi yang seimbang mengikut keperluan kurikulum dan
pengguna
4.2 Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu dan inkuiri dalam
kalangan pelajar melalui penggunaan bahan sumber di Perpustakaan Dato’ Lokman
Musa
4.3 Sebagai pusat penyebaran maklumat dan kemahiran pendidikan



Perkhidmatan Pengguna.

  1. Bilik Suratkhabar dan majalah digital seluruh dunia. Sebanyak 13 mini tab disediakan di bilik suratkhabar dan majalah digital seluruh dunia disediakan di perpustakaan.
  2. Bilik Multimedia perpustakaan. Sebanyak 10 buah komputer disediakan kepada pelajar. Digunakan sebagai bilik perbincangan, cybercafé kepada pelajar selepas waktu pejabat dan dibuka sehingga malam setelah permohonan diluluskan oleh pengarah. Tempat bagi pelajar menaip kertas kerja, penyelidikan dan kerja khusus.
  3. Sudut Pusat Penyiaran Antarabangsa ‘Worldwide Broadcasting Channel”. Sudut pelajar menonton siaran televisyen bercorak pendidikan daripada seluruh dunia. Menjadi alat bantu mengajar dalam PDP dalam bentuk siaran dokumentari, filem dan sebagainya. Tayangan filem bercorak pendidikan dan sebagai sokongan dalam PDP.