Wednesday, 10 June 2020

Borang Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKP) / MCO

Fasa 1 : 18 MAC - 31 MAC 2020
Fasa 2 : 1 APRIL - 14 APRIL 2020
Fasa 3 : 15 APRIL - 28 APRIL 2020
Fasa 4 : 29 APRIL - 12 MEI 2020
Fasa 5 (PKPB) : 13 MEI - 9 JUN 2020
Fasa 6 (PKPP) : 10 JUN - 31 OGOS 2020

Sepanjang tempoh PKP , perpustakaan dibuka melalui perkhidmatan atas talian 24 jam sehari secara atas talian dan bermula PKPB perkhidmatan perpustakaan di kaunter dibuka kepada pengguna untuk proses peminjaman dan pemulangan buku. Mulai PKPP, perkhidmatan perpustakaan beroperasi sepenuhnya dengan SOP Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketat. Mohon pengguna perpustakaan mengisi borang penilaian perkhidmatan perpustakaan berikut :-  



Kerjasama tuan /puan amat kami hargai.

Thursday, 4 June 2020

Siaran langsung pelancaran antologi kreatif IPG KPM 2020

Siaran langsung pelancaran antologi kreatif IPG KPM 2020.
https://youtu.be/Lzb1m04d3Fc


Pelancaran Antologi Kreatif IPG KPM 2020 Oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Dr./Tuan/Puan Saksikan Pelancaran Antologi Kreatif IPG KPM 2020, oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Siaran Langsung : https://youtu.be/Lzb1m04d3Fc Maklumat lanjut Penulisan Antologi Kreatif boleh didapati di sini : Syarat penulisan : tiny.cc/syaratantologikreatif Borang penyertaan :tiny.cc/borangantologikreatifIPG Rekod Kehadiran Anda di sini [IPGM sahaja]: https://forms.gle/AivLdrYBdyxJ4pJR6 SELAMAT BERKARYA #antologikreatif #ipgmembaca #ciptasejarah #staysafe #kitajagakita


Semua pelajar-pelajar IPGKBM dijemput menyertai pertandingan. Semoga berjaya.

Wednesday, 3 June 2020

Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Rujukan Kepada Pelajar-pelajar IPGKBM Sepanjang Tempoh PKP dan PKPB

Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM telah mengambil inisiatif mengadakan perkhidmatan khidmat nasihat dan rujukan secara atas talian melalui laman web perpustakaan IPGKBM. Pelajar-pelajar IPGKBM boleh mendapatkan perkhidmatan atas talian ini dengan mengisi borang atas talian yang disediakan di laman web Perpustakaan Dato' Lokman Musa., IPGKBM. Perkhidmatan ini disediakan sepanjang tempoh PKP dan PKPB.