Tuesday, 21 July 2020

Koleksi Majalah Qalam (Transliterasi Jawi-Rumi) tahun 1950 - 1969




Majalah Qalam yang diasaskan oleh Syed Abdullah al-Edrus (meninggal 1969)dari tahun 1950 hingga 1969 merupakan khazanah sejarah Malaysia pada fajar kemerdekannya. Majalah yang diterbitkan sebanyak 228 buah edisi ini merupakan saksi peristiwa-peristiwa besar yang telah mengukir makna diri kebangsaan negara. Klasikan media-akademik jawi malaysia dan Center for intergrated area studies (CIAS) Kyoto University Jepun telah bekerjasama menerbitkan semula edisi terpilih Majalah Qalam dalam bentuk jawi dan rumi untuk rujukan dan bacaan semula pengkaji dan peminat sejarah Malaysia. Perpustakaan Dato' Lokman Musa menyimpan koleksi yang bernilai ini kepada negara untuk tatapan dan rujukan bakal-bakal guru IPGM. Majalah Qalam ini boleh diperolehi di koleksi perpustakaan menggunakan nombor panggilan R 297.05 MAJ 2014.

Friday, 10 July 2020

Perlaksanaan S.O.P Di Perpustakaan Dato' Lokman Musa (IPGKBM)

Perpustakaan Dato' Lokman Musa melaksanakan S.O.P berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Para pelajar diminta mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan demi memastikan langkah pencegahan Covid-19 dapat dibendung. 


Thursday, 9 July 2020

Perkhidmatan Fotostat Layan Diri di Perpustakaan IPGKBM

Perpustakaan Dato' Lokman Musa IPGKBM menyediakan perkhidmatan fotostat layan diri bermula bulan September 2020. Para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan fotostat layan diri dengan kadar RM0.08sen sekeping di perpustakaan.

Bengkel E-book (LPS) Staf IPGKBM













Bengkel E-book LPS staf telah diadakan pada 6 Julai 2020 di perpustakaan. Bengkel E-book ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staf IPGKBM. Fasilitator En. Mohd Hisham Daud dan Pn. Azlinawati Nasaruddin telah berkongsi ilmu tentang bagaimana membina e-book kepada para peserta.