Tuesday, 11 August 2020

Lawatan Pemantauan S.O.P Oleh YBRS. DR. Ahmad Rafee bin Che Kassim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Bersama Rektor IPGM

 Lawatan Pemantauan S.O.P Oleh YBRS. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Rektor IPGM YBRS. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad ke Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM pada 12 Ogos 2020 (Rabu). Lawatan ini bertujuan bagi memantau S.O.P yang dilaksanakan di perpustakaan mengikut kepada S.O.P yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ia juga sebagai persediaan kepada kemasukan pelajar-pelajar baharu pada bulan September 2020.









Anugerah Khas Khidmat Bakti : En Isa bin Madio

 Tahniah dan syabas diucapkan kepada En Isa bin Madio, staf perpustakaan yang telah menerima Anugerah Khas Khidmat Bakti bagi tahun 2020. Kejayaan beliau, merupakan satu semangat dan motivasi kepada perpustakaan untuk lebih cemerlang di masa mendatang. Tahniah diucapkan kepada beliau. 



Audit MQA Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDPM)

 Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM terlibat dalam audit MQA bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi Program Diploma Pendidikan Malaysia (PDPM) bermula pada  11 hingga 14 Ogos 2020. Perpustakaan diletakkan dalam bidang 5 : Sumber fizikal. 


Perasmian Bulan Membaca IPGKBM, Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan Anjuran Jabatan Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Perpustakaan dan Unit Pengurusan

 

Majlis Perhimpunan Bulanan dan Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Tarikh : 5 Ogos 2020 (Rabu)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM
Tema : Baca Gaya Hidup , IPGKBM
Anjuran : Jabatan Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Unit Perpustakaan, Unit Khidmat Pengurusan dan JK Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Siaran langsung disiarkan melalui FB Rasmi IPGKBM.

Pautan Buku Program: https://anyflip.com/uzrk/gocl/
 
Tahniah kepada semua jawatankuasa yang menjayakan program ini.