Wednesday, 29 January 2020

Program "Read Me A Book" Hari ke Dua 30 Januari 2020 (Khamis)


Program "Read Me A Book" diteruskan pada hari kedua hari ini 30 Januari 2019 (Khamis). Program ini diteruskan hari ke dua bertempat di laman karyawan, lobi bangunan baharu IPGKBM. Program ini terbuka kepada semua pensyarah dan pelajar IPGKBM yang berminat menyertai cabaran "Read Me a Book peringkat IPGKBM bagi menyemarakkan cabaran 100 hari di seluruh Malaysia. Pensyarah IPGKBM  Pn Nurulhana binti Hussain turut serta dalam program pada hari ini dan seramai 4 orang pelajar IPGKBM telah menyahut cabaran "Read Me A Book @ storytelling kepada murid pra sekolah bintang, IPGKBM. Sekalung penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Pengarah Pn Hjh. Nor Asilah binti Osman, Timbalan Pengarah Dr. Mohamad Isa bin Azis yang turut serta menyaksikan program ini. 
#ipgkbm membaca #dekad membaca kebangsaan (DMK) #program galakan membaca 









Tuesday, 28 January 2020

Program "Read Me A Book" Hari Pertama 29 Januari 2020 (Rabu)


Perpustakaan Dato' Lokman Musa mengadakan aktiviti "Read Me A Book" bersama-sama pelajar IPGKBM pada 29 Januari 2019 (Rabu) di Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM. Program ini merupakan kerjasama perpustakaan IPGKBM dan pra sekolah tadika bintang dengan disertai Ahli Kelab Rakan Pusat Sumber. Ketua perpustakaan Pn Suraya binti Bahrum telah memulakan program "Read Me A Book" disertai bersama-sama staf perpustakaan dan ahli kelab. Ahli kelab rakan pusat sumber menyertai sebagai sukarelawan "Read Me A Book" dengan membaca buku cerita atau bercerita dengsan memakai apron kuning. Seramai 6 orang pelajar IPGKBM kelab rakan pusat sumber telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 29 Januari 2019 (Rabu) dan 30 Januari 2019 (Khamis).
 #ipgkbm membaca #dekad membaca kebangsaan (DMK) #program galakan membaca

PERINCIAN PROGAM:
i). Slogan : ASEAN-ROK is READING dan Logo : ‘’Apron Kuning’’

ii). 
#Cabaran Apron kuning - Perpustakaan atau pelaksana berkongsi gambar yang dimuatnaik di Instagram (IG) bagi
aktiviti ‘Read Aloud’ atau sesi bercerita yang dikendalikan oleh pencerita yang memakai apron kuning.

iii)Program ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dalam
kalangan negara-negara ASEAN melalui Perpustakaan Negara masing-masing dan boleh dijalankan di mana-mana lokasi khususnya perpustakaan.

iv). Sasaran peserta bagi program ini adalah golongan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Syarat Pelaksanaan Program :

1.Pencerita perlu memakai apron kuning yang dibekalkan oleh National Library for Children's & Young Adults, Korea melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sahaja apabila menjalankan sesi ‘Read Aloud’ atau sesi Bercerita.

2.Mengambil gambar atau klip video pencerita/sukarelawan yang menjalankan aktiviti ‘read aloud’/’story telling’.

3.Muat naik gambar atau klip video di Instagram. Tag Istagram rasmi PNM (pnm_rasmi)

4. Tag gambar atau video menggunakan semua 4 tanda pagar (#) wajib iaitu :
#readmeabook_yellowapron
#aseanrokisreading_malaysia
#yellowapron_hashtagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
Dan tambah hastag nama ringkas perpustakaan cth: 
#ipgkbm







Takwim Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM


TAKWIM AKTIVITI  PERPUSTAKAAN DATO LOKMAN MUSA,
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, 2020
BIL
AKTIVITI
MASA/TARIKH
KUMP SASARAN
CATATAN
1
DEKAT MEMBACA KEBANGSAAN
SEPANJANG TAHUN



·         READ AND SHARE
(ULASAN BUKU)
PERHIMPUNAN IPGKBM
PELAJAR DAN PENSYARAH
2 KALI SEBULAN

·         RAKAN PUSAT SUMBER
 17 FEBRUARI 2020
PELAJAR
PENUBUHAN KELAB

·         #YELLOW APRON HASHTAG CHALLENGE
29 APRIL 2020
STAF PERPUSTAKAAN , RPS DAN GURU TADIKA


·         CELIK PUSAT SUMBER
7 APRIL 2020
PELAJAR SEM 8
PENCERAMAH LUAR

·         PAMERAN
1 JUN 2020
WARGA IPGKBM
LOBI MENARA
PENDAFTARAN PPISMP AMB JUN 2020

·         “BOOK TO YOU”
SEPANJANG TAHUN
KETUA JABATAN DAN UNIT-UNIT
 MESY M3P

·         SUMBANGAN BUKU
SEPANJANG TAHUN
PELAJAR DAN PENSYARAH
KOTAK DI LOBI MENARA

·         SUDUT MEMBACA
FEBRUARI 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH
LOBI
ASRAMA KKAAA
ASRAMA KKDRI

·         LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KL
28 MAC 2020
KELAB RAKAN PUSAT SUMBER


·         SEMINAR IFLA JUNIOR LIBRARY  PREFECTS
28 MAC 2020
KELAB RAKAN PUSAT SUMBER

2.
BULAN MEMBACA
JULAI –SEPT 2020



·         PERASMIAN BULAN MEMBACA

21 JULAI 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH
PERHIMPUNAN BULANAN UPS+JPPK

·         JOM BACA 10 MINIT
(PERTANDINGAN FOTOGRAFI)
HARI MEMBACA
PELAJAR PENSYARAH


·         PEMBENTANGAN ULASAN BUKU
JULAI -SEPT
PENSYARAH DAN STAF
KERJASAMA DGN JPPK

·         PERTANDINGAN PEMBACA TERBANYAK
JULAI - SEPT
KATEGORI PELAJAR, PENSYARAH DAN STAF.


·         PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
JULAI - SEPT
PELAJAR


·         PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK
JULAI - SEPT
PELAJAR DAN PENSYARAH


·         HARI TANPA DENDA
JULAI -SEPT
PELAJAR DAN PENSYARAH


·         PERTANDINGAN BERSAJAK PRASEKOLAH
OGOS
PRA SEKOLAH BINTANG
KERJASAMA PRA SEKOLAH BINTANG
3
LPS
SEPANJANG TAHUN



·         BENGKEL  e-BOOK
19 MAC 2020
PENSYARAH DAN 20 ORG STAF
PENCERAMAH LUAR (EN SHAM)

·         KURSUS LITERASI MAKLUMAT
(Knowledge Management)
18 JUN 2020
PENSYARAH &STAF IPGKBM
PENCERAMAH LUAR ( PN INA)

·         KURSUS LITERASI MAKLUMAT
13 OGOS 2020
STAF IPGKBM
PUSTAKAWAN

Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020 - 2030

MALAYSIA NEGARA MEMBACA 2030
PUTRAJAYA 13 Dis. -Utusan Malaysia –
Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dilancarkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan juga menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang tahun 2020 berbanding 19,713 judul tahun lalu.
Beliau berkata, penerbitan buku telah digunakan oleh UNESCO sebagai satu daripada kriteria taraf negara maju dengan jumlah penerbitan ditetapkan sebanyak satu peratus bagi setiap juta penduduk.
Sehubungan tu katanya, untuk memastikan DMK mencapai keberhasilan yang dihasratkan, maka bermula tahun ini hingga 2020 pihak kementerian akan menggiatkan kempen DMK.
Ini kerana katanya, kempen atau program gerakan membaca yang sudah berlangsung sejak dua dekad lalu masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan penglibatan penggiat literasi juga masih tidak menyeluruh.
“Kita perlu merangka dan melaksanakan satu pendekatan baharu yang segar, lebih mantap serta agresif bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk mencintai dunia pembacaan dan membugarkan pembudayaan membaca,” katanya pada majlis pra pelancaran kempen DMK di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Menurut Maszlee, kajian profil membaca rakyat Malaysia yang dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia pada 2005 mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.
Bagaimanapun katanya, angka itu meningkat kepada 15 naskhah pada tahun 2014 berdasarkan laporan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia, namun masih rendah berbanding 40 judul buku setahun di negara maju.
Katanya, laporan `Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985-2015′ terbitanm UNESCO Institute for Statistic pula menunjukkan, kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah sebanyak 94.94 peratus.
“Namun, secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun. Jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara, kadar literasi rakyat negara ini masih jauh ketinggalan.
“Kita sedar bahawa perjalanan kita ini masih panjang dan memerlukan usaha yang berterusan. Kita perlu menggembleng tenaga dan berganding baharu, biar `lambat laga asalkan menang.’ Maksudnya, biar lambat asalkan maksud kita tercapai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Cabaran Membaca "Read Me A Book" Peringkat IPG KBM



Perpustakaan Dato' Lokman Musa akan menganjurkan program "Read Me A Book" pada 29 Januari 2020 (Rabu) dan 30 Januari 2020 (Khamis) bertempat di ruang kanak-kanak perpustakaan. Pelajar IPGKBM mewakili IPG Kampus Bahasa Malaysia yang berkelapangan boleh turut menyertai program ini. Sila berikan nama kepada pengerusi kelab rakan pusat sumber (PRS) saudara Pui Weng Hang. Program akan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sedikit maklumat mengenai program "Read me a book" yang merupakan program kerjasama galakan membaca yang diterajui oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi penglibatan negara Malaysia. Maklumat program adalah seperti berikut :-

‘’READ ME A BOOK’’
‘Read Me a Book’’ – Merupakan satu program galakan membaca yang menggunakan mekanisme ‘’read aloud’’ atau ‘’storytelling’’ kepada kanak-kanak dan pencerita perlu memakai apron kuning. Program ini merupakan program kerjasama galakan membaca yang diterajui oleh National Library for Children and Young Adults (NLCY), Repulik Korea dan 9 buah Perpustakaan Negara ASEAN iaitu Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Mynmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Tujuan : Kempen membaca bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan negara-negara ASEAN dan Republik Korea.

Tempoh Pelaksanaan : 15 Januari 2020 sehingga 23 April 2020 (Cabaran 100 Hari) *Kemuncak program pada 23 April bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

PERINCIAN PROGAM:
i). Slogan : ASEAN-ROK is READING dan Logo : ‘’Apron Kuning’’

ii). 
#Cabaran Apron kuning - Perpustakaan atau pelaksana berkongsi gambar yang dimuatnaik di Instagram (IG) bagi
aktiviti ‘Read Aloud’ atau sesi bercerita yang dikendalikan oleh pencerita yang memakai apron kuning.

iii)Program ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dalam
kalangan negara-negara ASEAN melalui Perpustakaan Negara masing-masing dan boleh dijalankan di mana-mana lokasi khususnya perpustakaan.

iv). Sasaran peserta bagi program ini adalah golongan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Syarat Pelaksanaan Program :

1.Pencerita perlu memakai apron kuning yang dibekalkan oleh National Library for Children's & Young Adults, Korea melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sahaja apabila menjalankan sesi ‘Read Aloud’ atau sesi Bercerita.

2.Mengambil gambar atau klip video pencerita/sukarelawan yang menjalankan aktiviti ‘read aloud’/’story telling’.

3.Muat naik gambar atau klip video di Instagram. Tag Istagram rasmi PNM (pnm_rasmi)

4. Tag gambar atau video menggunakan semua 4 tanda pagar (#) wajib iaitu :
#readmeabook_yellowapron
#aseanrokisreading_malaysia
#yellowapron_hashtagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
Dan tambah hastag nama ringkas perpustakaan cth: 
#ipgkbm


Monday, 27 January 2020

Mesyuarat Penubuhan Kelab Rakan Pusat Sumber (RPS)

Mesyuarat kelab rakan pusat sumber telah diadakan pada 17 Januari 2020 (Jumaat) pada jam 02.30 petang bertempat di Perpustakaan Dato' Lokman Musa. Kehadiran ahli kelab RPS adalah seramai 35orang pelajar daripada setiap semester PPISMP dan PISMP. Ketua Perpustakaan Pn Suraya binti Bahrum telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua ahli mesyuarat. Beliau memaklumkan bahawa kelab RPS ini adalah kelab yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBM dan penyertaan ahli kelab mendapat merit daripada HEP.  Mesyuarat seterusnya diteruskan oleh Pustakawan En. Mohd Hisham bin Daud. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perlantikan ahli jawatankuasa kelab RPS.

Senarai ahli jawatankuasa kelab PRS adalah seperti berikut:-


Penaung                              :Pengarah IPGKBM
Penasihat                            :Timbalan Pengarah
Penyelaras                          :Ketua Pusat Sumber
Penolong Penyelaras        :Pustakawan
Pengerusi                            : Pui Wen Hang
Naib Pengerusi                   : Mohamad Danial bin Mohamad Zakirudin
Setiausaha                          : Nur Amy Suraya binti Azman
Bendahari                            : Anis Athirah binti Abdullah
           AJK Semester                     : PPISMP Semester Kedua – Siti Mashitah binti

                                                         Mohd Asri


                                                         PISMP Semester Kedua – Aini Nabilah binti                                                                             Muhamad Asri

                                               PISMP Semester Keempat – Wan Nurhidayatul                                                                        ‘Ashiqin binti Wan Ghazulee

                                               PISMP Semester Keenam: Sevanesan a.l.                                                                                Arumugam










Tentatif ahli kelab RPS bagi tahun 2020 adalah seperti berikut : 

BIL
AKTIVITI
MASA/TARIKH
KUMP SASARAN
CATATAN
1.
PERJUMPAAN PERTAMA KELAB PRS
17 JANUARI 2020
KELAB RPS

2.
DEKAT MEMBACA KEBANGSAAN
SEPANJANG TAHUN 2020
PELAJAR, PENSYARAH, STAF DAN KELAB RPS


·         READ AND SHARE
(ULASAN BUKU)
PERHIMPUNAN IPGKBM
PELAJAR, KELAS RPS PENSYARAH
2 KALI SEBULAN

·         RAKAN PUSAT SUMBER
FEBRUARI
PELAJAR
PENUBUHAN KELAB

·         CELIK PUSAT SUMBER
7 APRIL 2020
PELAJAR SEM 8
PENCERAMAH LUAR

·         PAMERAN
1 JUN 2020
WARGA IPGKBM
LOBI MENARA
PENDAFTARAN PPISMP AMB JUN 2020

·         SUDUT MEMBACA
FEBRUARI 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH
KELAB RPS
LOBI
ASRAMA KKAAA
ASRAMA KKDRI


·         LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KL
28 MAC 2020
KELAB RAKAN PUSAT SUMBER


·         SEMINAR IFLA JUNIOR LIBRARY  PREFECTS
28 MAC 2020
KELAB RAKAN PUSAT SUMBER

3.
BULAN MEMBACA 2020
JULAI –SEPT 2020



·         PERASMIAN BULAN MEMBACA

21 JULAI 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH
KELAB PRS
PERHIMPUNAN BULANAN UPS+JPPK

·         JOM BACA 10 MINIT
(PERTANDINGAN FOTOGRAFI)
HARI MEMBACA 2020
PELAJAR PENSYARAH
KELAB RPS


·         PEMBENTANGAN ULASAN BUKU
JULAI –SEPT 2020
PENSYARAH DAN PELAJAR
KERJASAMA DGN JPPK

·         PERTANDINGAN PEMBACA TERBANYAK
JULAI – SEPT 2020
KATEGORI PELAJAR, PENSYARAH DAN STAF


·         PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
JULAI – SEPT 2020
PELAJAR
KELAB RPS


·         PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK
JULAI – SEPT 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH
KELAB RPS


·         HARI TANPA DENDA
JULAI –SEPT 2020
PELAJAR DAN PENSYARAH


·         PERTANDINGAN BERSAJAK PRASEKOLAH
OGOS 2020
PRA SEKOLAH BINTANG
KELAB RPS
KERJASAMA PRA SEKOLAH BINTANG