Perpustakaan Dato' Lokman Musa mengadakan aktiviti "Read Me A Book" bersama-sama pelajar IPGKBM pada 29 Januari 2019 (Rabu) di Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM. Program ini merupakan kerjasama perpustakaan IPGKBM dan pra sekolah tadika bintang dengan disertai Ahli Kelab Rakan Pusat Sumber. Ketua perpustakaan Pn Suraya binti Bahrum telah memulakan program "Read Me A Book" disertai bersama-sama staf perpustakaan dan ahli kelab. Ahli kelab rakan pusat sumber menyertai sebagai sukarelawan "Read Me A Book" dengan membaca buku cerita atau bercerita dengsan memakai apron kuning. Seramai 6 orang pelajar IPGKBM kelab rakan pusat sumber telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 29 Januari 2019 (Rabu) dan 30 Januari 2019 (Khamis).
#ipgkbm membaca #dekad membaca kebangsaan (DMK) #program galakan membaca
PERINCIAN PROGAM:
i). Slogan : ASEAN-ROK is READING dan Logo : ‘’Apron Kuning’’
ii). #Cabaran Apron kuning - Perpustakaan atau pelaksana berkongsi gambar yang dimuatnaik di Instagram (IG) bagi
aktiviti ‘Read Aloud’ atau sesi bercerita yang dikendalikan oleh pencerita yang memakai apron kuning.
iii)Program ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan dalam
kalangan negara-negara ASEAN melalui Perpustakaan Negara masing-masing dan boleh dijalankan di mana-mana lokasi khususnya perpustakaan.
iv). Sasaran peserta bagi program ini adalah golongan kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Syarat Pelaksanaan Program :
1.Pencerita perlu memakai apron kuning yang dibekalkan oleh National Library for Children's & Young Adults, Korea melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sahaja apabila menjalankan sesi ‘Read Aloud’ atau sesi Bercerita.
2.Mengambil gambar atau klip video pencerita/sukarelawan yang menjalankan aktiviti ‘read aloud’/’story telling’.
3.Muat naik gambar atau klip video di Instagram. Tag Istagram rasmi PNM (pnm_rasmi)
4. Tag gambar atau video menggunakan semua 4 tanda pagar (#) wajib iaitu :#readmeabook_yellowapron
#aseanrokisreading_malaysia
#yellowapron_hashtagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
Dan tambah hastag nama ringkas perpustakaan cth: #ipgkbm


No comments:
Post a Comment