Unit Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa (UPSDLM) ditubuhkan pada tahun 1959. Jabatan ini bertanggungjawab menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat di kalangan pelajar. Perpustakaan juga menjadi sebagai Pusat Rujukan Pendidikan Bahasa Melayu. Perpustakaan Dato’ Lokman Musa yang diurus secara berkomputer sepenuhnya dengan menggunakan Sistem ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini membantu dalam pengurusan dan perkhidmatan dengan cepat serta efisyen. Pengguna hanya boleh mengakses WEBOPAC dengan menggunakan KPMNET sahaja. Terdapat lebih 68,165 ribu naskah buku pelbagai kategori di perpustakaan ini.