Pameran bertema : konsep Raja Berperlembagaan diadakan di ruang legar Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM. Buku-buku berkaitan dengan pameran di dalam koleksi perpustakaan turut dipamerkan untuk rujukan pelajar-pelajar IPGKBM.
Wednesday, 26 February 2020
Pameran Sejarah Bahasa Melayu di Perpustakaan Dato' Lokman Musa
Pameran sejarah Bahasa Melayu di pamerkan di dalam Perpustakaan Dato' Lokman Musa. Pameran ini merupakan pameran yang telah dipamerkan di Muzium Negara. Diharap pameran ini dapat membantu pelajar-pelajar IPGKBM dalam memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah Bahasa Melayu di negara ini.
Monday, 24 February 2020
Kemudahan Teknologi Imbasan Quick Response "QR Code" Perpustakaan IPGM - elib, IPGKBM dan U-Pustaka
Perpustakaan Dato' Lokman Musa telah menjalankan inisiatif menyediakan perkhidmatan QR-Code kepada warga IPGKBM khususnya kepada pelajar-pelajar IPGKBM. Melalui QR-Code yang disediakan, pelajar-pelajar IPGKBM dapat terus mengakses laman web perpustakaan yang utama iaitu Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia e-perpustakaan http://elib.ipg.edu.my/, Perpustakaan Dato' Lokman Musa IPGKBM https://pusatsumberipgkbm.wixsite.com/libibm, dan Portal rasmi U-Pustaka https://www.u-library.gov.my/portal/ms/web/guest/home secara terus, cepat dan pantas. Diharap melalui inisiatif QR-Code ini, dapat membantu pelajar-pelajar mendapatkan capaian maklumat kepada jurnal-jurnal atas talian, buku-buku digital, dan pangkalan data atas talian bagi kemudahan pencarian maklumat atas talian yang disediakan di perpustakaan atas talian tanpa mengira kekangan masa dan tempat.
"Hang Tuah : Catatan Okinawa"- Buku Terbaharu Pilihan Bulan Februari 2020
Hang Tuah : Catatan Okinawa. Penerbit : Universiti Putra Malaysia. Penulis : Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Tahun : 2017
Pembongkaran tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku Hang Tuah : Catatan Okinawa ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikanbahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan - sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia. Penerbitan buku ini tidak semata-mata bersandarkan buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa.
Pembongkaran tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku Hang Tuah : Catatan Okinawa ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikanbahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan - sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia. Penerbitan buku ini tidak semata-mata bersandarkan buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa.
Warga IPGKBM boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM menggunakan nombor panggilan : 899.2309 HAS 2017. Buku ini ditulis oleh Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin dan diterbitkan Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 3 buah naskah buku ini disediakan untuk pinjaman warga IPGKBM.
Tuesday, 18 February 2020
Seminar Advokasi Perpustakaan Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 19 Februari 2020
Seramai 3 orang kakitangan Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM telah menghadiri seminar advokasi perpustakaan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Bank Rakyat "Serambi Ilmu Rakyat" dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) pada 19 Februari 2020 (Rabu). Seminar profesional ini telah disampaikan oleh YBHG Dato' Napisah binti Ahmad Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia yang juga merupakan Mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Perpustakaan Dato' Lokman Musa yang diketuai oleh Pn Suraya binti Bahrum sentiasa komited dalam mengalakkan kakitangan perpustakaan untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan profesionalisme kepustakawanan sesuai dengan hasrat dekad membaca kebangsaan yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Warga IPGKBM juga digalakkan menjadi ahli "Serambi Ilmu Rakyat" yang juga merupakan sebuah perpustakaan yang dibuka keahlian kepada orang awam dengan kadar yuran sebanyak RM10 setahun.
Sunday, 16 February 2020
Slot Perpustakaan Sesi Resensi Buku Penglibatan Pensyarah : Pn Ustazah Nor Ildahayati binti Ilias pada 17 Februari 2020
Slot perpustakaan iaitu sesi resensi buku bagi kategori pensyarah pagi ini diteruskan dengan penampilan Puan Ustazah Nor Ildahayati binti Ilias, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Beliau telah berkongsi ilmu mengenai penulisan buku yang bertajuk Pesan Hamka Kepada Pendidik yang ditulis oleh Hamka. Perpustakaan Dato' Lokman Musa mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian pembacaan beliau yang bermanfaat bersama warga IPGKBM.
Wednesday, 12 February 2020
Sudut Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM telah mewujudkan sudut Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee di dalam perpustakaan. Sudut ini memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar mengenai seniman negara yang sangat berbakat dalam menghasilkan karya-karya filem hebat sepanjang zaman. Turut dipamerkan koleksi CD-Rom filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebanyak 66 tajuk filem-filem yang dihasilkan dan 390 tajuk lagu dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Para pelajar IPGKBM boleh meminjam CD-Rom yang dipamerkan juga boleh dijadikan rujukan dalam PNP berkaitan dengan nilai dan falsafah seni filem Melayu.
Tuesday, 11 February 2020
Aktiviti Bersama Pelajar-pelajar ahli Kelab Rakan Pusat Sumber (KRPS) Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM
Kelab rakan pusat sumber telah bersama-sama menyertai aktiviti perpustakan melalui program "Read Me A Book" . Pengerusi kelab rakan pusat sumber iaitu saudara Pui Weng Hang bersama-sama ahli kelab RPS yang lain telah menyertai aktiviti perpustakaan sebagai sukarelawan perpustakaan pada tarikh 29 Januari 2020 (Rabu) dan 30 Januari 2020 (Khamis). Program ini telah berlangsung di sudut bacaan kanak-kanak perpustakaan dan sudut karyawan di lobi bangunan baharu, menara IPGKBM. Program ini merupakan program kerjasama Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM dan Pra sekolah tadika bintang, IPGKBM. Program ini merupakan program bacaan peringkat nasional yang diadakan di seluruh Malaysia dalam bentuk pertandingan di kalangan negara ASEAN yang menyertai melalui penganjuran oleh Perpustakaan Negara Malaysia mulai 15 Januari 2020 sehingga 23 April 2020. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli kelab rakan pusat sumber (RPS) yang telah menjadi sukarelawan "Read Me A Book" dan mewakili IPG Kampus Bahasa Melayu dalam aktiviti ini.
Wednesday, 5 February 2020
Sudut Tayangan Pendidikan Di Perpustakaan
Perpustakaan Dato' Lokman Musa menyediakan sudut tayangan pendidikan di dalam perpustakaan khas untuk pelajar-pelajar IPGKBM. Pelajar dan pensyarah yang berminat boleh mendapatkan tayangan rancangan yang dikehendaki berdasarkan keperluan. Jom kita menonton bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Monday, 3 February 2020
Program Bersama Pelajar-pelajar - Ahli Kelab Rakan Pusat Sumber (KRPS) Latihan Praktikal Perpustakaan
Kelab Rakan Pusat Sumber (KRPS) telah memulakan sesi latihan praktikal di perpustakaan mengikut kesesuaian masa ahli kelab. Pelajar yang mengikuti aktiviti ini akan diberikan pendedahan dalam tugas-tugas yang dilakukan di perpustakaan. Ini juga merupakan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pegalaman bertugas di perpustakaan dan sebagai nilai tambah apabila pelajar diberikan amanah sebagai guru pusat sumber di sekolah nanti. Staf perpustakaan akan memberikan peluang kepada pelajar bertugas sebagai sukarelawan perpustakaan semasa pelajar menjalani sesi latihan praktikal di perpustakaan dato' lokman musa, IPGKBM.
Program "Buku Untuk Anda" @ "Book for You" Sempena Dekad Membaca Kebangsaan
Sebagai pengisian program dekad membaca tahun 2020, Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM meneruskan lagi program "Book for you" khas kepada ahli Mesyuarat Pengurusan dan Perkhidmatan (MPPP) akan diadakan pada setiap 2 bulan sekali secara berkala sepanjang tahun 2020. Program ini diadakan sebagai pencetus dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan IPGKBM dalam menyemarakkan minat membaca kepada warga IPGKBM. #IPGKBM membaca # dekad membaca kebangsaan # Malaysia membaca
Sunday, 2 February 2020
Slot Ulasan Buku 10 Minit Pada 13 Januari 2020 Oleh Pustakawan dan 3 Februari 2020 Penyertaan Pelajar Saudara Pui Weng Hang
Slot ulasan buku 10 minit dalam perhimpunan pagi pelajar IPGKBM setiap Isnin telah bermula sejak tahun 2010. Objektif slot ulasan buku ini adalah sebagai platform bagi perpustakaan berkongsi mengenai buku-buku yang ada di dalam perpustakaan kepada warga IPGKBM. Bagi perhimpunan pagi utama bagi tahun 2020, Ketua Perpustakaan yang baharu Pn Suraya binti Bahrum telah memberikan taklimat mengenai program-program yang telah dirancang oleh perpustakaan bagi tahun 2020 sebagai pengisian kepada dekad membaca kebangsaan 2020, Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia 2020 serta penubuhan Kelab Rakan Pusat Sumber (RPS) kepada pelajar-pelajar IPGKBM yang berminat. Slot ulasan buku 10 minit telah dimulakan oleh Pustakawan IPGKBM Encik Mohd Hisham bin Daud pada 13 Januari 2020 (Isnin). Beliau telah membuat ulasan buku yang bertajuk Bahasa Melayu di Samudera : Benih Yang Baik Menjadi Pulau. Slot ulasan buku 10 minit bagi perhimpunan pagi ini akan dilaksanakan berkala pada setiap 2 minggu sekali. Para pensyarah dan pelajar IPGKBM juga dialu-alukan menyertai slot ulasan buku ini dan peserta boleh mengulas buku dalam apa sahaja genre yang diminati oleh pengulas buku yang terlibat. Slot ini diteruskan lagi pada 3 Februari 2020 (Isnin) oleh pelajar IPGKBM iaitu saudara pelajar Pui Weng Hang yang merupakan Pengerusi Kelab Rakan Pusat Sumber (RPS) bagi tahun 2020. Beliau telah mengulas buku yang bertajuk Tuntunan Bahasa : Asas Pegangan Pelajar yang ditulis oleh En Awang Sariyan. Para pensyarah juga dialu-alukan menyertai slot ulasan buku ini dan mengisi borang Latihan Pembangunan Staf (LPS) sebagai sesi pembentangan LPS ulasan buku bagi mendapatkan masa kursus sesi pembentangan. Bagi pelajar IPGKBM yang menyertai slot ulasan buku layak menyertai pertandingan ulasan buku 10 minit yang dianjurkan oleh Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM. Hadiah menarik menanti para pelajar yang menyertai pertandingan.
Subscribe to:
Comments (Atom)







































