Slot ulasan buku 10 minit dalam perhimpunan pagi pelajar IPGKBM setiap Isnin telah bermula sejak tahun 2010. Objektif slot ulasan buku ini adalah sebagai platform bagi perpustakaan berkongsi mengenai buku-buku yang ada di dalam perpustakaan kepada warga IPGKBM. Bagi perhimpunan pagi utama bagi tahun 2020, Ketua Perpustakaan yang baharu Pn Suraya binti Bahrum telah memberikan taklimat mengenai program-program yang telah dirancang oleh perpustakaan bagi tahun 2020 sebagai pengisian kepada dekad membaca kebangsaan 2020, Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia 2020 serta penubuhan Kelab Rakan Pusat Sumber (RPS) kepada pelajar-pelajar IPGKBM yang berminat. Slot ulasan buku 10 minit telah dimulakan oleh Pustakawan IPGKBM Encik Mohd Hisham bin Daud pada 13 Januari 2020 (Isnin). Beliau telah membuat ulasan buku yang bertajuk Bahasa Melayu di Samudera : Benih Yang Baik Menjadi Pulau. Slot ulasan buku 10 minit bagi perhimpunan pagi ini akan dilaksanakan berkala pada setiap 2 minggu sekali. Para pensyarah dan pelajar IPGKBM juga dialu-alukan menyertai slot ulasan buku ini dan peserta boleh mengulas buku dalam apa sahaja genre yang diminati oleh pengulas buku yang terlibat. Slot ini diteruskan lagi pada 3 Februari 2020 (Isnin) oleh pelajar IPGKBM iaitu saudara pelajar Pui Weng Hang yang merupakan Pengerusi Kelab Rakan Pusat Sumber (RPS) bagi tahun 2020. Beliau telah mengulas buku yang bertajuk Tuntunan Bahasa : Asas Pegangan Pelajar yang ditulis oleh En Awang Sariyan. Para pensyarah juga dialu-alukan menyertai slot ulasan buku ini dan mengisi borang Latihan Pembangunan Staf (LPS) sebagai sesi pembentangan LPS ulasan buku bagi mendapatkan masa kursus sesi pembentangan. Bagi pelajar IPGKBM yang menyertai slot ulasan buku layak menyertai pertandingan ulasan buku 10 minit yang dianjurkan oleh Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM. Hadiah menarik menanti para pelajar yang menyertai pertandingan.
No comments:
Post a Comment