Perpustakaan Dato' Lokman Musa menganjurkan program jom baca 10 minit di rumah pada 23 April 2020 Jam 11.00 pagi - 11.10 pagi. Program ini sempena meraikan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia dan dijalankan serentak di seluruh Malaysia oleh semua perpustakaan awam, khusus dan jabatan. Program ini dipromosikan melalui laman web rasmi IPGKBM dan aplikasi whasap dan telegram rasmi IPGKBM. Sempena PKP ini, program ini dianjurkan di rumah warga IPGKBM dan juga di pejabat bagi yang bertugas. Semua pelajar dan warga IPGKBM amat dialu-alukan menyertai program ini dan memuat naik gambar di fb dan ig masing-masing dengan meletakkan #jombacabersama2020#ipgkbmmembaca#klbaca2020#klwbc2020#bangsamembacabangsaberjaya#malaysiamembaca#dudukrumahbacabuku#bacadirumah.
No comments:
Post a Comment