Friday, 29 May 2020

Pertandingan Galakan Membaca Sepanjang PKP Anjuran Perpustakaan Dato' Lokman Musa

Pelajar-pelajar dan warga IPGKBM dijemput menyertai pertandingan galakan membaca sepanjang PKP. Jom sertai tanda soladariti kepada kempen jom baca IPGKBM


Thursday, 28 May 2020

Raikan Syawal Dengan Kemenangan. Patuhi Arahan Kerajaan.


Pertandingan Video Respesi Buku Kegemaran Saya Sepanjang PKP Perpustakaan Dato' Lokman Musa

Pelajar-pelajar IPGKBM dialu-alukan bagi menyertai pertandingan video resepsi buku kegemaran saya sepanjang PKP. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Perpustakaan Dato' Lokman Musa IPGKBM. Hadiah wang tunai menanti pemenang pertandingan . Pertandingan ini bagi menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar IPGKBM sepanjang tempoh PKP. Tarikh tutup pertandingan pada 31 Julai 2020. #dudukrumahbacabuku#ipgkbmbaca#kitajagakita


Sanitasi Awam Di Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPGKBM Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Perpustakaan Dato' Lokman Musa telah melaksanakan sanitasi awam dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai. Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai dan Unit Pengurusan IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terhadap proses sanitasi yang telah dilaksanakan.

Langkah-langkah Keselamatan Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu Sepanjang Tempoh PKPB - Norma Baharu

Pihak Perpustakaan Dato' Lokman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu (Unit Pusat Sumber) mengambil inisiatif keselamatan bagi memastikan penjarakan sosial dilakukan sebaik mungkin. Berikut merupakan inisiatif yang telah diambil selaras dengan norma baharu mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):


1. Garisan penjarakan sosial di kaunter pusat perpustakaan
2. Penanda 'penjarakan sosial' di kerusi, meja dan tempat rujukan, ruang 'World Broadcasting Channel' dan bilik
multimedia perpustakaan.
4. Hand sanitizer di kaunter dan di pintu masuk.
5. Poster peringatan penjarakan sosial.

5. Pendaftaran kehadiran pengunjung.
6. Menghadkan bilangan pengunjung dalam satu masa.
7. Pengunjung diminta memakai pelitup muka pada sebilang masa di perpustakaan.
8. Sanitasi perpustakaan pada waktu pagi sebelum perpustakaan dibuka kepada pengunjung.
9. Pengunjung diperiksa suhu sebelum memasuki perpustakaan.









Wednesday, 27 May 2020

Program Nasional Jom Baca 10 Minit Di Rumah Peringkat IPGKBM #STAYHOME #READATHOME


Jom Baca 2020 peringkat IPGKBM telah diadakan pada 23 April 2020 yang lalu. Walaupun dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19 sedikit pun tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia amnya dan warga IPGKBM khususnya untuk memeriahkan Jom Baca 2020 pada tahun ini. Begitu juga warga kampus IPGKBM yang terus bersemangat untuk menyokong aktiviti pembudayaan membaca. Semua warga IPGKBM yang mengambil bahagian telah menghantar gambar individu, pasangan dan keluarga. Berikut merupakan gambar-gambar pilihan sepanjang program yang dijalankan. Perpustakaan Dato' Lokman Musa telah menganjurkan pertandingan fotografi jom baca di rumah bagi menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan warga IPKBM. Pertandingan ini menyediakan hadiah menarik kepada pemenang yang bertuah.





Saturday, 23 May 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Unit Perpustakaan IPGKBM

Pusat Sumber Dato' Lokman Musa, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali. Bersama-sama kita meraikan aidilfitri dengan norma baharu dan bersama melawan Covid-19.