
Jom Baca 2020 peringkat IPGKBM telah diadakan pada 23 April 2020 yang lalu. Walaupun dalam tempoh PKP akibat wabak COVID-19 sedikit pun tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia amnya dan warga IPGKBM khususnya untuk memeriahkan Jom Baca 2020 pada tahun ini. Begitu juga warga kampus IPGKBM yang terus bersemangat untuk menyokong aktiviti pembudayaan membaca. Semua warga IPGKBM yang mengambil bahagian telah menghantar gambar individu, pasangan dan keluarga. Berikut merupakan gambar-gambar pilihan sepanjang program yang dijalankan. Perpustakaan Dato' Lokman Musa telah menganjurkan pertandingan fotografi jom baca di rumah bagi menyemarakkan lagi minat membaca di kalangan warga IPKBM. Pertandingan ini menyediakan hadiah menarik kepada pemenang yang bertuah.

No comments:
Post a Comment